Apa dah jadi dengan ikan laga aku tu..?
21JUN
Assalamualaikum wbt..
Rakan-rakan yang pernah membaca entri saya sebelum ini “Akhirnya Ikanku Mengawan Juga..” bertarikh 22 May 2010 berkenaan ikan laga saya pasti ada yang tertanya-tanya apa yang perkembangan ikan laga saya tersebut setelah hampir sebulan berlalu.
Tentu persoalan-persoalan ini bermain di fikiran rakan-rakan sebelum ini. Adakah berjaya bertelur atau tidak? Hidup ke tidak anak-anak ikan tersebut? Besar mana dah anak-anak ikan tu?? Dan sebagainya..
Ini jawapan tentang semua persoalan tersebut..:)
Untuk pengetahuan rakan-rakan, pensenyawaan telur-telur ikan pada 22 May 2010 tersebut tidak berjaya. Seminggu saya memerhatikan dan menunggu dengan penuh excited namun tiada seekor pun anak-anak ikan kelihatan. huhu.. Projek tersebut GAGAL..
Namun saya tidak berputus asa, selepas itu saya cuba untuk mengawankan semula pasangan ikan saya di dalam balang kaca pula. Saya letak ikan laga saya lebih dari seminggu bersama dalam balang tersebut namun tiada juga hasil. Si jantan tidak membuat sarangnya dengan baik dan ikan-ikan ini tidak bertelur. Saya ada baca di forum, selepas proses bertelur yang pertama perlu asingkan pasangan ini dan bagi rehat dalam 2 minggu untuk ikan-ikan ini aktive semula. Sebab itu kot pasangan ikan saya ini tidak bertelur lagi. hehe..
Minggu lepas saya keluarkan pasangan ikan laga saya ini dan masukkan ke dalam kolam saya. Saya beri ikan-ikan ini makan jentik-jentik kaw-kaw punya.. Saya rumah kampung, banyak bekas tadahan air hujan kat rumah tu. Jentik-jentik pun banyak..hehe.. Bukan jentik-jentik ja, nyamuk pun banyak tau..Tapi nyamuk kampung la..Tak bahaya seperti nyamuk bandar..hehe..
Alhamdulillah semalam saya perhatikan, sudah ada beberapa ekor anak-anak ikan bermain di permukaan air dalam kolam.. Gembiranya hati saya melihat anak-anak ikan tersebut..:)
Pagi tadi pergi menjenguk anak-anak ikan saya tu, tetiba risau sebab dah tak nampak ada anak-anak ikan ini di permukaan air sangat. Kemudian saya perasan si jantan makan beberapa ekor anak ikan. Hah!! Saya cepat-cepat asingkan pasangan ikan ini ke dalam cawan dan mengasingkan anak-anak ikan ini.
Saya tak pasti si jantan memakan anak-anak ikan tersebut atau menyimpan dalam mulutnya sebab selepas diasingkan, beberapa anak ikan masih hidup ada dalam cawan bersama jantan..hehe..
Alhamdulillah ada lebih dari 40 ekor anak ikan yang berjaya diasingkan.. 

Semoga kesemua anak-anak ikan ini berjaya survive dan cepat membesar..hehehe..
Saya cuba mengambil gambar anak-anak ikan ini tetapi tidak nampak anak ikan sebab saiznya terlalu kecil. Saya tunjukkan rupa anak-anak ikan yang diambil dari forum betta..;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan