Sabtu, 26 Oktober 2013

Akhirnya Ikanku Mengawan Juga..

Akhirnya Ikanku Mengawan Juga..

Adakah rakan-rakan sekalian meminati ikan laga??
Pernah mencuba membiakkan ikan laga??
Saya pun sebenarnya tak pernah dan memang tak berpengalaman, dan ini kali pertama saya mencuba membiakkan sepasang ikan laga saya.
Selepas 3 kali percubaan mengawankan ikan laga, alhamdulillah kali ke-4 ikan ku mengawan juga pagi nie..:)
Teringat ketika kali pertama saya mencuba mengawankan ikan laga ini, disebabkan terlalu excited untuk melihat dengan mata sendiri, saya sanggup menunggu hampir 30minit saya memerhatikan ikan-ikan ini tetapi tiada hasil. Akhirnya sarang buih ikan laga nie rosak begitu sahaja. Begitu juga kali ke-2 dan ke-3 percubaan mengawan. Tiada hasil.
Mungkin disebabkan keadaan air dan bekas air untuk mengawan terlalu kecil menyebabkan usaha si jantan memikat ikan betina gagal..hehe..
(Ini balang kaca yang saya gula sebelum ini..)
Kali ke-4 saya letak pasangan ikan laga saya ke dalam kolam ikan emas + ikan koi saya kat luar rumah dua hari lepas..Tapi dalam kolam, saya tak boleh nak tengok la ikan nie bertelur..
(Ini kolam ikan luar rumah saya..kecil ja saiznya..Cawan cup tu tempat ikan laga saya..)
Pagi tadi saya berpeluang melihat si jantan mengutip telur-telur untuk disenyawakan dalam sarang buihnya.. Gembiranya pagi nie apabila melihat ikan laga ku akhirnya mengawan..:) Lupa nak bagi tahu, ikan saya berwarna biru..hehe..
Disebabkan saya tak berpeluang mengambil gambar pasangan ikan saya, saya ambil gambar dari website betta untuk tontonan rakan sekalian..hehe..
Berikut gambar-gambar process perkenalan si Romeo dan Juliet..
(Reaksi si Romeo bila berjumpa si Juliet..hehe..Ini peringkat awal pengenalan..Biasa la tu, kena berkenalan dulu awal-awal..hehe..)
(Contoh ikan mengawan di bawah sarangnya..Nie Gambar hiasan ja. Gambar ikan saya mengawan tak dapat nak amik pagi tadi..)
(Si romeo mengutip telur-telur untuk disenyawankan pula dalam buih sarangnya..)
Sebenarnya selepas tengok ikan saya bertelur, saya keluar ke bandar kuantan atas urusan. Cuaca pagi tadi cerah.. Namun, sebelah petang hujan turun dengan lebat..Dalam hati, saya risau sebab saya letakkan ikan saya di kolam luar rumah. Confirm air kolam ikan saya bertambah..Yang membimbangkan saya sarang buih ikan laga saya tu..huhu.. Risau sarang buih akan rosak sebab bekas (cawan) akan bergerak..
Sampai je rumah, saya cepat-cepat tengok sarang ikan laga tersebut. Memang seperti saya jangka, sarang akan berubah tempat dan buih dalam cawan macam tiada..huhu..
Cepat-cepat saya amik cermin untuk melihat adakah buih sarang masih elok. Alhamdulillah bila saya tengok melalui cermin, masih ada buih sarang ikan walaupun tak penuh cawan seperti dalam gambar diatas. Diharap si jantan dapat menjaga telurnya dengan baik sehingga menetas..
InsyaAllah sekiranya telur-telur ini berjaya ditetaskan dengan baik, saya akan tunjukkan gambar anak-anak ikan saya nie..hehe..Sama-sama berdoa usaha saya berhasil..:) Sekian sahaja kali nie..
Update terbaru: Gambar pasangan ikan saya..:)
(Ini ikan laga Juliet saya..Cantik tak? hehe..Baru ja masukkan dalam balang hari nie lepas dah bertelur semalam..)
Tengah mencari makanan agaknya tu..Kesepian sorang dalam balang, si Romeo menjaga sarangnya..
Si Romeo sedang menjaga sarangnya..InsyaAllah jika takda masalah dalam 48jam telurnya akan menetas..Tak sabar menunggu..:)
Ini ikan emas yang ada dalam kolam saya..hehe..
Bermanja dengan ikan…Ikan-ikan mengigit jari..hehe..
p/s: Kepada rakan-rakan yang berminat dan ingin mengetahui cara-cara membiakkan ikan laga, boleh click disini untuk info berkenaan ikan laga. Semoga info ini membantu anda..:)

1 ulasan:

  1. selepas ikan betina bertelur memang ikan jantan makan telur ye?

    BalasPadam