Sabtu, 26 Oktober 2013

Jadual pembiakan ikan laga



Jadual pembiakan ikan laga

hari ni .. aku nak creat satu jadual.. untuk pembiakan ikan laga ni.. aku buat ni.. supaya.. memudahkan pembaca untuk menghasilkan anak ikan laga yg sihat.. :) aku buat ni pun.. sebab aku bru nak mula buat .. :) nanti senang.. aq usha2 sini je.. huhu..

1.  Pra Pembiakan (Conditioning)
     
         first skali.. korang kne beli laa ikan laga .. jantan ngn betina yerr..Induk jantan dan induk betina       diasingkan, seekor ikan jantan dipelihara di dalam sebuah bekas
sementara betina didalam akuarium secara komuniti. Pelbagai makana boleh diberi tetapi      
keutamaan ialah makanan hidup seperti Moina, 'tubifex worm' atau 'blood worm'.. aku pakai bloodworm.. sebab.. blood worm ni lasak .. dan cepat membiak.. heheheh
 .
2.  Penyediaan tangki pembiakan 
 
     Tangki berukuran 15 inci x 10inci x 8inci adalah memadai. tangki diisi separuh penuh dengan
     air paip atau hujan yang telah diheningkan
                                                                                                                                                 
     Dibahagian dalam tangki diletakkan satu keratan paip Tee PVC 2inci untuk induk betina 
     bersembunyi ketika induk jantan bertindak aggresif. Elok sekiranya ditambah sedikit air daun 
     ketapang @ ekstraknya.
                                                                                                                                                                       
3.  Mencampurkan induk
 .
     Mula-mula induk jantan dimasukkan kedalam tangki pembiakan. Apabila ia telah membina
     sarang buih, ini menunjukkan kesediaannya untuk membiak. Untuk menggalakkan proses ini
     ikan betina boleh dimasukkan di dalam sebuah botol dan diletakkan kedalam tangki pembiakan
     untuk merangsangkan ikan jantan.

4.  Membuat Sarang Buih

     Ikan jantan membuat sarang buih dengan mengambil udara atmosfera dan menghembuskan
     satu buih yang berbaur dengan mucus dari dalam mulutnya. Buih-buih kekal ini akan
     bercantum antara satu sama lain membentuk segumpal sarang.

     Pada permulaan perkenalan  induk jantan dan induk betina akan bergaduh, sehingga satu
     ketika kedua-dua induk tersebut telah bersedia untuk mengawan, ianya akan berada dibawah
     sarangnya dan mulai mengawan.

     Perubahan ton warna seakan-akan berbelang pada induk betina, merupakan tanda bahawa
     induk tersebut sudah bersedia untuk mengawan.


5. Proses Persenyawaan

    Semasa mengawan induk jantan dan betina akan membelitkan badan antara satu sama lain.
    Ikan jantan akan memusingkan badan ikan betina beberapa kali sehingga telur matang
    dikeluarkan dan serentak dengan itu ikan jantan mensenyawakannya.
    Telur yang tersenyawa tenggelam kedasar tangki. Telur tersebut dipungut  oleh ikan jantan
    dan dimasukkan kedalam sarang buih. buih yang rosak akan dibaiki oleh ikan jantan.
    Proses ini akan berulang-ulang dan mengambil masa 1 hingga 2 jam.

6. Penjagaan Telur

    Sebaik sahaja selesai mengawan, induk betina tidak diperlukan lagi dan hendaklah segera
    dikeluarkan dari tangki pembiakan untuk dirawat kerana apabila selesai mengawan induk jantan
    tidak membenarkan induk betina menghampiri sarang@buih yang mengandungi telur itu tadi.
    Biarkan induk jantan mengawasi telur sehingga menetas.

7. Penjagaan Fry

    Telur menetas selepas 24 - 30 jam. Ikan jantan sentiasa mengawasi sarangnya, membina
    semula sarang yang rosak, menangkap fry yang terlepas dan memasukkan semula kedalam
    sarang. Selepas 3 hari fry akan berenang dan perlu diberikan makanan.
  
    Makanan pertama terbaik untuknya ialah makanan semulajadi yang terdapat dalam air hijau
    (green water) yang boleh didapati dari air kolam ternakan ikan talapia/ keli yang telah lama.
    Kaedah lain ialah dengan menyediakan brine shrimp nauplii (Artemia) yang baru menetas.
    Setelah berumur 5 hari boleh diberi makanan berkhasiat seperti larutan telur kuning (hanya
    sedikit sahaja).

    Fry yang berumur 7 hingga 10 hari perlu dipindahkan ketangki pemeliharaan yang lebih besar
    untuk pembesaran. Makanan yang perlu diberi ialah moina atau "blood worm" yang dicincang. 
    Tangki pemeliharaan tidak perlu diberi pengudaraan.

8. Pengasingan / Pembotolan

    Setelah anak-anak betta berumur 3 bulan, ikan jantan mulai aggresif dan perlu diasingkan
    secara individu di dalam botol. Ikan betina pula boleh dipelihara dalam tangki secara komoniti.
    Untuk penghasilan secara komersial perlu dipastikan ruang yang mencukupi dan bekas yang
    banyak untuk menyimpan jantan
.

Akhirnya Ikanku Mengawan Juga..

Akhirnya Ikanku Mengawan Juga..

Adakah rakan-rakan sekalian meminati ikan laga??
Pernah mencuba membiakkan ikan laga??
Saya pun sebenarnya tak pernah dan memang tak berpengalaman, dan ini kali pertama saya mencuba membiakkan sepasang ikan laga saya.
Selepas 3 kali percubaan mengawankan ikan laga, alhamdulillah kali ke-4 ikan ku mengawan juga pagi nie..:)
Teringat ketika kali pertama saya mencuba mengawankan ikan laga ini, disebabkan terlalu excited untuk melihat dengan mata sendiri, saya sanggup menunggu hampir 30minit saya memerhatikan ikan-ikan ini tetapi tiada hasil. Akhirnya sarang buih ikan laga nie rosak begitu sahaja. Begitu juga kali ke-2 dan ke-3 percubaan mengawan. Tiada hasil.
Mungkin disebabkan keadaan air dan bekas air untuk mengawan terlalu kecil menyebabkan usaha si jantan memikat ikan betina gagal..hehe..
(Ini balang kaca yang saya gula sebelum ini..)
Kali ke-4 saya letak pasangan ikan laga saya ke dalam kolam ikan emas + ikan koi saya kat luar rumah dua hari lepas..Tapi dalam kolam, saya tak boleh nak tengok la ikan nie bertelur..
(Ini kolam ikan luar rumah saya..kecil ja saiznya..Cawan cup tu tempat ikan laga saya..)
Pagi tadi saya berpeluang melihat si jantan mengutip telur-telur untuk disenyawakan dalam sarang buihnya.. Gembiranya pagi nie apabila melihat ikan laga ku akhirnya mengawan..:) Lupa nak bagi tahu, ikan saya berwarna biru..hehe..
Disebabkan saya tak berpeluang mengambil gambar pasangan ikan saya, saya ambil gambar dari website betta untuk tontonan rakan sekalian..hehe..
Berikut gambar-gambar process perkenalan si Romeo dan Juliet..
(Reaksi si Romeo bila berjumpa si Juliet..hehe..Ini peringkat awal pengenalan..Biasa la tu, kena berkenalan dulu awal-awal..hehe..)
(Contoh ikan mengawan di bawah sarangnya..Nie Gambar hiasan ja. Gambar ikan saya mengawan tak dapat nak amik pagi tadi..)
(Si romeo mengutip telur-telur untuk disenyawankan pula dalam buih sarangnya..)
Sebenarnya selepas tengok ikan saya bertelur, saya keluar ke bandar kuantan atas urusan. Cuaca pagi tadi cerah.. Namun, sebelah petang hujan turun dengan lebat..Dalam hati, saya risau sebab saya letakkan ikan saya di kolam luar rumah. Confirm air kolam ikan saya bertambah..Yang membimbangkan saya sarang buih ikan laga saya tu..huhu.. Risau sarang buih akan rosak sebab bekas (cawan) akan bergerak..
Sampai je rumah, saya cepat-cepat tengok sarang ikan laga tersebut. Memang seperti saya jangka, sarang akan berubah tempat dan buih dalam cawan macam tiada..huhu..
Cepat-cepat saya amik cermin untuk melihat adakah buih sarang masih elok. Alhamdulillah bila saya tengok melalui cermin, masih ada buih sarang ikan walaupun tak penuh cawan seperti dalam gambar diatas. Diharap si jantan dapat menjaga telurnya dengan baik sehingga menetas..
InsyaAllah sekiranya telur-telur ini berjaya ditetaskan dengan baik, saya akan tunjukkan gambar anak-anak ikan saya nie..hehe..Sama-sama berdoa usaha saya berhasil..:) Sekian sahaja kali nie..
Update terbaru: Gambar pasangan ikan saya..:)
(Ini ikan laga Juliet saya..Cantik tak? hehe..Baru ja masukkan dalam balang hari nie lepas dah bertelur semalam..)
Tengah mencari makanan agaknya tu..Kesepian sorang dalam balang, si Romeo menjaga sarangnya..
Si Romeo sedang menjaga sarangnya..InsyaAllah jika takda masalah dalam 48jam telurnya akan menetas..Tak sabar menunggu..:)
Ini ikan emas yang ada dalam kolam saya..hehe..
Bermanja dengan ikan…Ikan-ikan mengigit jari..hehe..
p/s: Kepada rakan-rakan yang berminat dan ingin mengetahui cara-cara membiakkan ikan laga, boleh click disini untuk info berkenaan ikan laga. Semoga info ini membantu anda..:)

Apa dah jadi dengan ikan laga aku tu..?

Apa dah jadi dengan ikan laga aku tu..?

21JUN
Assalamualaikum wbt..
Rakan-rakan yang pernah membaca entri saya sebelum ini Akhirnya Ikanku Mengawan Juga..” bertarikh 22 May 2010 berkenaan ikan laga saya pasti ada yang tertanya-tanya apa yang perkembangan ikan laga saya tersebut setelah hampir sebulan berlalu.
Tentu persoalan-persoalan ini bermain di fikiran rakan-rakan sebelum ini. Adakah berjaya bertelur atau tidak? Hidup ke tidak anak-anak ikan tersebut? Besar mana dah anak-anak ikan tu?? Dan sebagainya..
Ini jawapan tentang semua persoalan tersebut..:)
Untuk pengetahuan rakan-rakan, pensenyawaan telur-telur ikan pada 22 May 2010 tersebut tidak berjaya. Seminggu saya memerhatikan dan menunggu dengan penuh excited namun tiada seekor pun anak-anak ikan kelihatan. huhu.. Projek tersebut GAGAL..
Namun saya tidak berputus asa, selepas itu saya cuba untuk mengawankan semula pasangan ikan saya di dalam balang kaca pula. Saya letak  ikan laga saya lebih dari seminggu bersama dalam balang tersebut namun tiada juga hasil. Si jantan tidak membuat sarangnya dengan baik dan ikan-ikan ini tidak bertelur. Saya ada baca di forum, selepas proses bertelur yang pertama perlu asingkan pasangan ini dan bagi rehat dalam 2 minggu untuk ikan-ikan ini aktive semula. Sebab itu kot pasangan ikan saya ini tidak bertelur lagi. hehe..
Minggu lepas saya keluarkan pasangan ikan laga saya ini dan masukkan ke dalam kolam saya. Saya beri ikan-ikan ini makan jentik-jentik kaw-kaw punya.. Saya rumah kampung, banyak bekas tadahan air hujan kat rumah tu. Jentik-jentik pun banyak..hehe.. Bukan jentik-jentik ja, nyamuk pun banyak tau..Tapi nyamuk kampung la..Tak bahaya seperti nyamuk bandar..hehe..
Alhamdulillah semalam saya perhatikan, sudah ada beberapa ekor anak-anak ikan bermain di permukaan air dalam kolam.. Gembiranya hati saya melihat anak-anak ikan tersebut..:)
Pagi tadi pergi menjenguk anak-anak ikan saya tu, tetiba risau sebab dah tak nampak ada anak-anak ikan ini di permukaan air sangat. Kemudian saya perasan si jantan makan beberapa ekor anak ikan. Hah!! Saya cepat-cepat asingkan pasangan ikan ini ke dalam cawan dan mengasingkan anak-anak ikan ini.
Saya tak pasti si jantan memakan anak-anak ikan tersebut atau menyimpan dalam mulutnya sebab selepas diasingkan, beberapa anak ikan masih hidup ada dalam cawan bersama jantan..hehe..
Alhamdulillah ada lebih dari 40 ekor anak ikan yang berjaya diasingkan.. :)
Semoga kesemua anak-anak ikan ini berjaya survive dan cepat membesar..hehehe..
Saya cuba mengambil gambar anak-anak ikan ini tetapi tidak nampak anak ikan sebab saiznya terlalu kecil. Saya tunjukkan rupa anak-anak ikan yang diambil dari forum betta..;)
Yang ini masih peringkat awal..Baru menetas agaknya..
Lebih kurang macam nie la anak-anak ikan laga saya berenang-renang..=)

cara pembiakkan ikan laga

cara pembiakkan ikan laga

Sebelum ni saya ada share yang saya bela ikan laga jugakkan ? Saya baru je kahwinkan ikan laga jantan tu  dengan bini baru dia..saya harap sangat Grape dan Seri Muka dapat melakukan aktiviti mengawan dengan baik. Tapi entahlah betul ke tak cara saya kahwinkan diorang ni ? 

Yang ni gambar Grape dan Seri Muka bila dah bersama sama dalam satu tangki..nampaknya tak de gaduh-daguh...tapi kadang kadang je diorang ni main kejar kejar. Si Grape memang dah tunjuk tanda mengawan dah..sebab selalu sangat dia keluarkan buih yang banyak...Si Seri Muka pun dah grow up..ada bintik putih kat anu dia..tanda dah boleh mengawan lah tuh...

gambar cara pembiakan ikan laga

gambar cara pembiakan ikan laga

gambar cara pembiakan ikan laga

gambar cara pembiakan ikan laga

gambar cara pembiakan ikan laga

gambar cara pembiakan ikan laga

Credit : Pelaga

Pembiakan Ikan laga @ Pelaga

Ikan laga @ pelaga betina mempunyai warna yang pudar berbanding dengan ikan pelaga jantan. Di bahagian belakang ikan pelaga betina terdapat liang putih yang dikenali sebagai ovipositor, berdekatan degan anus. Selepas mengawan, ikan betina menghasilkan 100hingga500 telur.

Ikan pelaga betina mesti diasingkan kerana ia akan memakan telur sendiri. Ikan pelaga jantan menghasilkan sarang buih. Selepas mengawan, ikan pelaga jantan kutip telur dan meletakkannya ke dalam sarang buih. Benih ikan menetas dalam masa dua hari. Tiga hari selepas itu, benih-benih tersebut akan berenang dengan bebas. Pada masa ini, ikan pelaga jantan perlu diasingkan kerana ia akan memakan benih tersebut.

Cara pembiakannya dengan menyediakan:

1. Bekas plastik 10 gelen
2. Kabus / Foam Cup
3. Serombong plastik
4. Sepasang ikan pelaga (betina dan jantan)
5. Pokok akuatik (tiruan atau hidup)

Pilih pasangan ikan pelaga yang tidak terlalu tua. Jika ikan pelaga yang dipilih terlalu tua , ianya kurang reproduktif dan tidak mempunyai tenaga untuk mengawan. Setelah memilih pasangan , berinya makan selama seminggu. Berikan lebih makan kerana ia dikehendaki kurangkan makan semasa proses mengawan di jalankan. 

Selepas diberi makan , sediakan tanki mengawan. Letakkan serombong plastik beserta dengan air di dalam tanki tersebut. Ia digunakan untuk meletakkan ikan betina di dalamnya jadi ikan jantan tidak boleh menggigitnya sebelum ikan betina sudah bersedia untuk mengawan. Kemudian , letakkan air di dalam tanki tersebut. Tanki tersebut diisi tidaklah terlalu penuh. 

Kemudian , letakkan kabus atau foam cup. Jika anda menggunakan foam cup , potong separuh foam cup tersebut. Dan letakkannya di permukaan tanki yang sudah diisi airnya. Ia akan berbentuk seperti "terowong". Ia digunakan untuk ikan jantan membina sarang buihnya. Letakkan tumbuhan akuatik tiruan atau hdup. Tumbuhan yang hidup lebih baik (e,g: Kiambang) kerana ia mempunyai nutrien - nutrien yang bagus untuk tumbesaran anak ikan. Tumbuhan juga penting untuk ikan betina menyorok apabila digigit ikan jantan.

Letakkan ikan jantan ke dalam tanki mengawan terlebih dahulu. Tunggu selama 1 jam supaya ikan jantan boleh menyesuaikan diri di dalam tanki mengawan yang ada sediakan. Kemudian , letakkan ikan betina ke dalam serombong tersebut. Ikan jantan akan mengembangkan ekor dan membina sarang buih. Selama seminggu , anda akan melihat garisan vertikal di perut ikan betina. Ini tanda persediaan ikan betina untuk mengawan. Ovipositor ikan betina akan lebih putih dari sebelumnya. Garisan vertikal yang terdapat di ikan betina boleh dilihat jika ikan pelaga berwarna gelap. 

Untuk lebih jelas lagi , pada waktu malam , suluhkan lampu pada perut ikan betina. Garisan vertikal tersebut lebih mudah dilihat. Selepas ikan betina sudah sedia , lihat ikan jantan pula. Ikan jantan akan membina banyak sarang buih. Jika sarang buih mencukupi , lepaskan ikan betina. Jika tiada mengawan dijalankan , dan tentu ikan jantan akan menggigit ikan betina. Letakkan ikan betina di dalam serombong semula. Jika ikan jantan sedia untuk mengawan , dia akan menghalau ikan betina ke bawah sarang - sarangnya. Kemudian dia akan mengawan seperti di dalam video tersebut. Mengawan mesti dijalankan beberapa kali dalam beberapa jam. Selepas 2 hari , anak ikan pelaga yang teramat kecil akan berenang bebas. Pada masa ini eloklah jika ikan jantan di alihkan dari tanki mengawan.

AMARAN:
1. Jangan meletakkan apa - apa batu di dalam tanki mengawan
2. Tumbuhan amat penting
3. Selepas mengawan , ikan jantan akan menghalau ikan betina dari sarang - sarangnya. Pada masa ini , eloklah jika ikan betina DIAMBIL KELUAR dari tanki tersebut
4. Selepas anak ikan berenang bebas , KELUARKAN IKAN JANTAN dari tanki tersebut. Anak ikan akan membesar di dalam tanki mengawan itu.

Contoh tanki mengawan
(Contoh ikan pelaga jantan yang membina sarang buih di dalam tanki mengawan)

Betta Spawning Tank
(Contoh tanki mengawan kedua)

Isnin, 21 Oktober 2013

CARA UNTUK MEMASTIKAN IKAN DALAM KEADAAN SIHAT

CARA UNTUK MEMASTIKAN IKAN DALAM KEADAAN SIHAT

Ikan sihat dan cantik adalah pilihan ramai…namun bukan semua dari kita dapat memasikan bahawa ikan belaan kita itu sihat…jadi disini saya akan tunjukkan cara untuk memastikan ikan laga anda sentiasa sihat dan cara untuk mengubati ikan anda apabila ia mula menunjukkan tanda tidak sihat…
PERBEZAAN IKAN YG SIHAT DAN IKAN YG TIDAK SIHAT

IKAN LAGA YG SIHATIKAN LAGA YG TIDAK SIHAT
Aktif…slalu brenang sana sniLayu…selalu berada di kwsan ats air…x aktif
Induk yg sihat dn sempurnaBadan mengembang….bhgian bwh membesar
Kemahuan utk mkn nrmalInduk yg kurus dan tiada kemahuan utk makan
Kulit yg sihat dan bersihKulit yg bertompok-tompok


Perkara seperti yg berlaku pada ikan laga yg tidak sihat..selalu terjadi..dan kebanyakn dri kita x tahu bagaimana untuk mengatasinya…

  1. Jika ikan anda x aktif bermakna induk trsebut kekurangn oksigen ataupun aquariumnya kotor…jika prkara ini terjadi anda perlu mencuci aquarium trsebut..jika induk tersebut masih x aktif..induk tersebut perlu didedah kan sedikit kepada cahaya matahari selama 20-30 mnt… PERHATIAN : ikan laga memerlukan air yg bebas dari klorin…anda boleh menggunakan air yg ditapis..ataupun dgn memberi air titisan anti-klorin…
  2. Apabila badan ikan ini membesar…bkan brmakna badannya gemuk..mahupun dipenuhi dgn tlurr…apabila induk tersebut membesar lbh dri ikan normal…itu sudah menunjukkan bahawa ikan anda tidak sihat.jika perkara ini terjadi anda boleh…meletakkan daun ketapan…ataupun ubat titisan ikan laga yg boleh didapati dimana-mana kedai brhampiran…dan didedahkan kpada cahaya matahari..selama beberapa minit… PERHATIAN: jgn meletakkan terlalu byk daun krana ia kan mensesakkan keadaan aquarium…jgn letakkan trlalu byk ubat titisan krana ia akn menggelapkn keadaannya..hnya dititiskan mengikut kadar yg disyorkan…
  3. Apabila ikan anda tidak mempunyai kemahuan utk makan…perkara ini sama seperti perkara di(1)..anda perlu melakukan perkara seperti di (1)..
  4. Jika kulit ikan anda bertompok-tompok…anda boleh memberi ubat titisan…perkara ini juga sama seperti di (2)



     
Harap maklumat yg tak seberapa ini berguna untuk anda…sya buat ini sendiri mgkin aytnya agk lintang pukang..sya harp pembaca skalian memahaminya…klu ada apa2 masalah yg brkaitan dgn ikan laga nie boleh bagi tahu saya..sya sedia membantu…

Sabtu, 19 Oktober 2013

Tips Cara Menjaga Ikan Laga Yang Hampir Mati


ikan laga mati

Salam semua. Usha keyword nuffnang tadi, perasan ada yang mencari cara menjaga ikan laga yang hampir mati. Ksian pulak rasanya... Sebenarnya, situasi ni selalu juga terjadi kepada saya. Boleh sangat untuk saya kongsikan tips. Tapi sejauh mana berjayanya tips tu, bergantung pada keadaan. Kadang2 menjadi, dan kadang2 tidak. Apa pun, yang penting kita mencuba.

Kalau ikan tu masih ok, tapi dia tak nak makan. Apa nak buat? Usha body dia, ada yang tak kena tak? Ulser kat mulut? Ada benda putih kat sirip? Ada benda mcm berbulu tumbuh kat mulut dia? Kalau mulut koyak akibat bergaduh, tak dapat nak nolongnya. Tapi ada sesetengah orang letak ubat kuning untuk ikan yang luka. Kalau anda lihat ada benda putih melekat, cepat2 tukar air. Letakkan garam akuarium biru tu dalam kuantiti yang banyak berbanding biasa. Kalau ikut cara saya, saya lenggang bekas ikan tu. Supaya memudahkan benda putih tu tanggal. Lepas tu, biarkan dalam 5 hingga 10 minit. Tukar air sekali lagi. Kali ni, rendam daun ketapang kering. Dan yang ketiga, kalau ada berda berbulu tumbuh kat mulut, alamatnya mulut ikan tu akan tertanggal. Berdoalah supaya ikan tu masih mampu untuk makan selepas mulut dia tercabut. Cara nak atasi sama macam penyakit sawang putih yang melekat. Tukar air, taruk garam akuarium biru. Kemudian tukar air sekali lagi. Letakkan daun ketapang kering.

Kalau ikan dah berenang senget, atau sekejap2 timbul kat permukaan… Aduh, yang ni susah sikit. Penyelesaiannya, cari bekas yang besar dan lebar. Letakkan air rendaman daun ketapang kering. Letakkan sedikit garam akuarium biru. Tapi pastikan air cetek. Ikan laga yang sakit, amat susah untuk ambik udara kat permukaan air. Jadi dengan mengurangkan paras air, kita dah membantu dia. Atau pun ada satu lagi cara, tapi sejauh mana berkesan tu tak tahu la... Kalau anda ada bela ikan gapi, yang airnya dah lama, kedudukannya di bawah cahaya matahari, ada tumbuhan air… Dan ikan gapi pun dah beranak pinak. Haa, korang try campur ikan laga yang sakit tadi dalam bekas ikan gapi tu… Tinggalkan sehari. Besoknya, tengok ikan anda tu dah sihat ke belum. Kalau dah sihat, keluarkan ikan tu dan ganti air macam biasa.

Kalau ikan berenang upside down pulak, bleh baca yasin dah. Huhu… Harap tips ni sedikit sebanyak dapat membantu yer. Wassalam.
JGN LUPA LIKE DAN KOMEN BANYAK-BANYAK